Thursday 9 October 2014

PETUA ATASI BENGKAK SUSU




Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi tentu pernah sekurang-kurangnya sekali mengalami masalah ini.  Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu kesakitan yang perlu ditanggung. Bagaimana cara mengatasi masalah ini? Dapatkan maklumat lanjut di bawah.

Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.
Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.
Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu.

1.      Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

2.      Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.

3.      Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.

Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!

4.      Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.

5.      Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.

6.      Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).

7.      Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).

8.      Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.

9.      Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

10.  Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.
Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan nasihat daripada doktor.

Oleh: EDITORIAL PAMA Tarikh: 25 Mac 2013

Produk LECITHIN SHAKLEE sesuai untuk bengkak susu




Umum mengetahui bahawa Lecithin shaklee hanya digunakan oleh mereka dalam proses menguruskan badan sahaja. Namun tahukah anda bahawa lecithin juga mampu menyelesaikan masalah bengkak susu. Ini kerana lecithin akan memecahkan lemak dalam badan menjadi titisan kecil.

Bagaimana ia berfungsi?
tahukah anda kandungan susu ibu termasauk lemak? Jadi , lemak tersebut tersumbat dan menjadi punca bengkak susu. Oleh itu, di sinilah peranan lecithin memecahkan lemak tersebut. 

Lecithin juga amat bagus dimakan oleh ibu menyusu kerana ia berasaskan sumber kacang soya yang bagus untuk perkembangan otak.

tahukah anda mengapa orang jepun cerdik pandai?
Ini kerana mereka dipercayai selalu makan kacang soya. Orang jepun makan kacang soya jeruk dinamakan natto.

Kesan daripada makan Lecithin shaklee?
Bukan sahaja anda dapat mengatasi masalah bengkak susu, malahan anda juga dapat menyalurkan khasiat susu yang lebih baik untuk minda dan saraf anak anda.
Untuk kesan yang lebih baik, disarankan para ibu mengambil dengan alfalfa shaklee bagi merangsang proses penghasilan susu yang lebih banyak. Secara tak langsung ibu telah melengkapkan diri ibu dengan set slim shaklee kerana peranan lecithin membuang lemak dan alfalfa pula membuang lemak dan toksin dalam badan supaya ibu kekal cergas dan bertenaga

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set berpantang shaklee ketika berpantang dan set menyusu shaklee, bolehlah menghubungi saya di :

Call/msj/wsap 016-447 4510 atau 017-485 2457
Email : zalinanina83@gmail.com
Like kami di facebook Page : Ummi-Muhaimin
COD seluruh petaling jaya 

POS seluruh malaysia

COD : taman medan, dato harun, PJS, jln klang lama, taman seri sentosa, taman seri manja, angkasapuri, pantai dalam, PPUM, UM dan sekitar petaling jaya.






No comments:

Post a Comment