Mengatasi anak mengamuk bukan perkara mudah. Tajuk kali ini adalah bagaimana kita mengawal anak yang mengamuk. Tindakan serta cara kita mengendalikan anak sangat penting dalam pembentukkannya. Temper tantrum atau sindrom mengamuk sering berlaku di kalangan kanak-kanak kerana ini juga salah satu cara mereka berkomunikasi.
Anak-anak
sebesar ini masih rendah tatabahasa dan bilangan perkataan yang diketahuinya.
Cara mudah dan cepat untuk dia memberitahu sesuatu adalah dengan menangis dan
mengamuk.
Bukan
mudah mengendalikan anak yang mengamuk jika kita tidak tahu cara yang paling
baik bagi menanganinya. Ramai juga di kalangan ibubapa yang mengambil jalan
mudah dengan memukul, menjerit dan memarahi anak dengan harapan anak akan
berhenti mengamuk. Namun cara begitu lebih banyak memberikan impak negatif
kepada anak-anak.
Ada
beberapa cara yang boleh kita lakukan jika anak mengamuk. Antaranya:
Hanya ibu
bapa yang mengetahui bila anak akan mengamuk. Kenali tanda-tandanya dan anda
akan lebih bersedia jika anak anda mula mengamuk.
Cuba
memujuk. Usaha dahulu memujuk dengan cara yang baik. Pegang atau dukung dengan
lembut dan mesra. Itu petanda anda sedia untuk bekerjasama dan mendengar segala
masalah yang sedang anak hadapi.
Alihkan
perhatiannya. Jika anda sudah nampak tanda-tanda yang dia mahukan sesuatu dan
anda tidak dapat memenuhi hajatnya itu dan akan mencetuskan kemarahannya,
cepat-cepat alihkan perhatiannya.
Beri
pilihan. Jika anak mula mengamuk, berikan dia pilihan, samada dia mahu bersikap
baik dan tidak dimarahi anda. Katakan kepadanya jika dia bersikap baik, anda
akan menjanjikan sesuatu seperti menonton televisyen atau membaca bersama.
Biarkan.
Jika pujukan tidak menjadi dan anak anda terus menghentakkan kaki atau
berguling di atas lantai, biarkan dia. Namun pastikan keadaan sekelilingnya
selamat dari barang-barang yang membahayakan.
Nasihat.
Anak yang mengamuk tidak akan mengamuk sepanjang hari. Dia pasti penat juga
akhirnya. Pada waktu begini, anda belailah dia dan katakan kepadanya bahawa apa
yang dia lakukan sebentar tadi adalah salah dan dia akan lebih disayangi jika
dia bersikap baik dan mendengar kata.
Bersifat
tegas. Sesekali bertegas dengan anak. Jika dia mengamuk, katakan bahawa anda
akan potong waktu bermainnya. Biar dia belajar bagaimana perasaan marah dan
kecewa. Terangkan dengan jelas mengapa tindakan itu anda ambil.
Bolehkah
anak kecil memahami apa yang dikatakan oleh kita?
Sudah
tentu! Walaupun mereka kecil, mereka tahu ketika mana ibu bapanya marah,
sayang, gembira, benci mahupun kecewa. Selalulah berkomunikasi dengan anak dan
berbual dengan mereka tentang apa yang mereka dan anda suka. Nasihat yang
berpanjangan akan mengurangkan temper tantrumnya.
Selamat
mencuba!

No comments:
Post a Comment