Showing posts with label SET BERPANTANG. Show all posts
Showing posts with label SET BERPANTANG. Show all posts

Thursday, 2 October 2014

ARTIS YANG MENGGUNAKAN SHAKLEE


salam semua.
rasa ingin berkongsi dengan anda semua. Semakin ramai yang mempercayai set hamil dan berpantang shaklee. Tak ketinggalan public figure iaitu isteri kepada penjaga gol terkenal Khairul Fahmi , Leuniey juga turut menggunakan shaklee ketika hamil dan meneruskan nya sehingga proses berpantang.

Jadi, anda bila lagi mahu mencuba dan merasai sendiri keberkesanan produk shaklee.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set kehamilan shaklee, boleh menghubungi saya di :



Call/msj/wsap 016-447 4510 atau 017-485 2457
Email : zalinanina83@gmail.com
Like kami di facebook Page : Ummi-Muhaimin
COD seluruh petaling jaya 
POS seluruh malaysia

COD : taman medan, dato harun, PJS, jln klang lama, taman seri sentosa, taman seri manja, angkasapuri, pantai dalam, PPUM, UM dan sekitar petaling jaya.



KLIK UNTUK BERITA PENUH..

Wednesday, 1 October 2014

Monday, 29 September 2014

RAHSIA SUSU BADAN BANYAK

Nak tahu apa rahsia untuk membuat stok susu yang banyak?

1.Konsisten mengepam.Jangan skip waktu mengepam.
2.Konsisten ambil set penyusuan 3m iaitu vitamin shaklee.(Esp,alfalfa,vitamin c,b complex,vitalea & ostematrix)
3.Konsisten minum air masak 3-4liter sehari.

Mudah saja tips yang ingin saya kongsikan kan?Semuanya perlukan konsisten.Ibu2 semua,jangan malas2 ya..

Kenapa shaklee?

1. Susu ibu akan menjadi lebih pekat, lemak dan berkhasiat
2. Susu ibu akan dihasilkan dengan lebih cepat, dengan syarat anda kerap pam setiap 2-3 jam sekali dan minum air yang kuantiti yang banyak
3. Kulit akan menjadi lebih cantik, mulus & berseri

4. Badan akan menjadi lebih bertenaga, tidak mudah letih dan segar sepanjang hari
5.Mengatasi masalah kepputihan, merapatkan & keintiman hubungan suai isteri makin bertambah
6. Mengurangkan masalah kulit dan eczema yang dihidapi oleh baby atau ibu
7. Sistem pertahanan badan anda akan meningkat dan baby akan lebih sihat dan kuat serta jarang demana sebab dia mendapat semua khasiat yang diambil oleh ibu melalui susu ibu
8. Membentu semula payudara yang lebih cantik & anjal dengan pengambilan ESP
9. Mengurangkan masalah sakit pinggang, lenguh sendi atau belakang dengan ada kalsium
10. Membantu mengurangkan atau mengawal berat badan dengan alfafa bertindaks sebagai detoks.


Set penyusuan shaklee ada beberapa jenis bergantung kepada bajet anda. Ada juga sesetangah ibu yang hnya mengamalkan alfalfa dan ESP sahaja, tetapi hasilnya tidak menghampakan (ini khas pada ibu yang tiada masalah penyusuan. mereka mengambil ESP dan alfalfa kerana inginkan susu yang pekat dan berkhasiat) dengan syarat abu2 semua pegang konsep demand and supply tau. 



Sekadar perkongsian, ini adalah hasil pam saya yang pertama semasa berpantang selepas 2 minggu.
Saya start membuat stok selepas 2 minggu berpantang.
Semasa berpantang, saya mengamalkan Set penyusuan 3M.
4 oz sebelah kiri, 2 oz sebelah kanan (selepas dfkan bby)

Sekadar perkongsian juga, ini adalah hasil saya mengumpul stok 1bulan ketika berpantang di rumah mertua. Syukur, ibu mertua saya mempunyai deep freezer, jadi dapatlah saya tumpang EBM. Klu tak pening juga nak pikir simpan kat mana lepas pam kn..hihihi


Stok EBM saya, ada dalam plastik ada dalam botol.Campur2 sebab tak cukup botol.Dalam plastik ais krim pun ada, asal dapat simpan.hihihi

Ha!..ni pula adalah stok yang saya sengaja buat dalam kuantiti yang sikit untuk ajar anak minum dari botol.Nanti bila nak kerja senang sikit anak dah biasa dengan puting botol. Jangan takut start dari awal, sebab mengikut pengalaman saya, anak pertama saya ajar bila lagi 2 minggu nak turun kerja, Ya Allah, punyalah susah dia nak trima. Jadi yang no 2 ni saya ajar awal2..

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set berpantang shaklee ketika berpantang dan set menyusu shaklee, bolehlah menghubungi saya di :


Call/msj/wsap 016-447 4510 atau 017-485 2457
Email : zalinanina83@gmail.com
Like kami di facebook Page : Ummi-Muhaimin
COD seluruh petaling jaya 


POS seluruh malaysia

COD : taman medan, dato harun, PJS, jln klang lama, taman seri sentosa, taman seri manja, angkasapuri, pantai dalam, PPUM, UM dan sekitar petaling jaya.
KLIK UNTUK BERITA PENUH..

Wednesday, 17 September 2014

TIPS KEMPISKAN PERUT SELEPAS BERSALIN

SUSU IBU : Susukan anak dengan susu badan anda (susu ibu) sebaik sahaja lepas bersalin. Sebaiknya, lakukan penyusuan eksklusif sekurang-kurangnya 6 bulan dan dilanjutkan sehingga 2 tahun. Menyusu badan boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari

BERBENGKUNG : Mungkin ramai di kalangan ibu-ibu yang tidak gemar berbengkung selepas bersalin – rimas, panas, tidak selesa dan sebagainya. Tapi tahukah anda, berbengkung boleh membantu mengembalikan bentuk badan asal. Gunakan bengkung yang sesuai dengan cara pemakaian yang betul bagi mengelakkan kesan negatif yang tak diingini. Pemakaian bengkung yang tidak betul juga boleh memudaratkan.

BERTUNGKU/ BERTANGAS/ BERSAUNA : Amalan bertungku mungkin sudah makin kurang popular pada hari ini. Selepas bersalin, bertungku adalah kaedah tradisional ibu-ibu sejak dahulu untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut/ rahim. Bertangas dan bersauna pula membantu memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan

KAWALAN PEMAKANAN : Ibu menyusu tidak digalakkan berdiet berlebihan kerana khasiat yang seimbang dan kalori yang mencukupi diperlukan terutamanya di bulan-bulan pertama menyusukan bayi anda. Walaubagaimanapun ia tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati dan mengabaikan bentuk badan yang semakin merosot. Jika anda tidak menyusu atau bayi anda tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu, lakukan kawalan pemakanan yang sesuai bagi mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber semakin teruk. Kurangkan pengambilan lemak dan minyak, ambil protein mencukupi bagi membina semula otot dan mengelakkan perut menggeleber. Lebihkan makanan yang membantu proses membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam, salmon dan madu.

SENAMAN DAN AKTIVITI FIZIKAL Senaman kardiovaskular dan abdominal tertentu boleh membantu anda mengempiskan perut. Dapatkan kaedah yang betul senaman khusus untuk membentuk perut ini dari jurulatih senaman atau bahan rujukan yang disediakan pakar. Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang juga mampu mengurangkan lebihan lemak di bahagian perut dan sekaligus membina otot perut. Lakukan secara konsisten bagi mendapatkan kesan terbaik


BETULKAN POSTUR TUBUH : Kebanyakan ibu-ibu terlalu sibuk untuk mengambil berat postur badan mereka. Tahukah anda, masalah postur yang tidak baik ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang juga menyebabkan masalah perut buncit dan menggeleber sukar diselesaikan. Jangan pandang remeh cara anda bergerak setiap hari

DETOKSIFIKASI : Lebihan toksin dalam badan kebanyakannya terkumpul di bahagian perut. Ia menyebabkan anda mengalami masalah penghadaman dan seterusnya mengakibatkan lebihan makanan dan lemak terkumpul di bahagian perut. Lakukan proses detoksifikasi dari masa ke semasa dan apabila perlu bagi membantu mengurangkan toksin dalam tubuh anda terutamanya perut.

MENGAMBIL SUPLEMENT KETIKA BERPANTANG




SET ASAS
Multivitamin Vita-lea dengan iron          120 biji       RM 80
Vitamin B-Complex                                120 biji       RM 50
Vitamin C Plus Sustained Release          180 biji       RM 90
Zinc Complex                                          120 biji       RM 30
JUMLAH HANYA RM 250, TAHAN SEHINGGA 4 BULAN, SEBULAN HANYA RM 62.50, SEHARI HANYA RM2 SHJ


SET 3M (Set Asas + Set Menyusu)

SET ASAS                                                                  RM 250
ESP                                                           850gram    RM 150
Ostematrix                                              120 biji        RM  60
Alfalfa Complex                                     330 biji        Rm 50
JUMLAH HANYA RM510, TAHAN SEHINGGA 4 BULAN, SEBULAN HANYA RM 127.50, SEHARI PLAK CUMA RM4


SET PREMIUM (Set Asas + Set Menyusu + Set Kurus)

SET 3M                                                                      RM 510
Omegaguard                                           90 biji         RM 130
Herb-lax                                                  120 biji      RM 50
Lecithin                                                   180 biji      RM 50
JUMLAH HANYA RM740, TAHAN SEHINGGA 4 BULAN, SEBULAN HANYA RM 185, SEHARI  CUMA RM6 SHJ

TUNGGU DULU..!!!!..jika anda rasa mahal boleh join ahli dengan saya...apa kelebihannya???...BANYAK!!!...harga set berpantang lagi jimat...JIMAT BANYAK TAU!!

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set berpantang shaklee ketika berpantang, bolehlah menghubungi saya di :

Call/msj/wsap 016-447 4510 atau 017-485 2457
Email : zalinanina83@gmail.com
Like kami di facebook Page : Ummi-Muhaimin
COD seluruh petaling jaya 

POS seluruh malaysia

COD : taman medan, dato harun, PJS, jln klang lama, taman seri sentosa, taman seri manja, angkasapuri, pantai dalam, PPUM, UM dan sekitar petaling jaya.

KLIK UNTUK BERITA PENUH..

Monday, 15 September 2014

PANTANG LARANG KETIKA BERPANTANG - PENTING!!

Selamat berpantang buat ibu2 semua. Harap anda menjadi ibu yang tabah dan sabar serta seharusnya anda bergembira kerana berada bersama insan yang anda tunggu2 selama 9 bulan ni. Di sini ingin saya kongsikan sedikit sebanyak pantang larang semasa berpantang bersama anda. Buat bakal2 ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata, moga tip ini menjadi panduan anda agar anda enjoy menempuh hari2 berpantang.



Dilarang Tidur Tidak Berbantal


Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.

Memakai Sarung Kaki (Stokin)


Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.

Jangan Duduk Mencangkung

Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.

Mandi Duduk Di Bangku

Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

Rapatkan Kaki Bila Tidur

Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.

Jangan Terlalu Aktif

Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.

Jangan Makan Ubi-Ubian

Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.

Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik

Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.

Jangan Tidur Waktu Senja

Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.

Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca

Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.

Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja

Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.

Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk

Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.

Pantang 100 Hari

Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu.

Cara Mandi

Daun nangka, daun pandan, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Ibu-ibu selepas melahirkan hendaklah duduk pada bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang.

Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. Guna menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun.

Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.

Cara Berbaring / Tidur

Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalah digalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.

Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang

Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 tujuh jam adalah digalakkan untuk menjaga kesihatann ibu-ibu semasa dalam pantang. Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.

Berbedak juga dapat menjaga kesihatan ibu-ibu selama dalam pantang supaya badan sentiasa panas dan tidak dimasukki angin. Lakukan cara ini pagi dan petang selama sebulan.

Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar.

Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklah dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.

Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.

Duduk mencangkung semasa dalam pantang adalah dilarang, kerana cara ini boleh membuatkan peranakan turun dan melemahkan otot-otot perut.

Berpantang Adalah Penting Bagi Memastikan Kesihatan ibu Selepas Bersalin.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set berpantang shaklee ketika berpantang, bolehlah menghubungi saya di :


Call/msj/wsap 016-447 4510 atau 017-485 2457
Email : zalinanina83@gmail.com
Like kami di facebook Page : Ummi-Muhaimin
COD seluruh petaling jaya 

POS seluruh malaysia

COD : taman medan, dato harun, PJS, jln klang lama, taman seri sentosa, taman seri manja, angkasapuri, pantai dalam, PPUM, UM dan sekitar petaling jaya.





KLIK UNTUK BERITA PENUH..

MAKANAN YANG PERLU DIELAK KETIKA BERPANTANG

Sayur-sayuran dan tumbuhan menjalar, 
sejuk dan berangin seperti kangkung, pucuk ubi, kacang buncit, kacang panjang, timun, petai, cili, brokoli,petola, labu, terung, ubi kayu dan kobis kerana boleh menyebabkan sakit tulang, lemah-lemah sendi dan sejuk pada otot.



Buah-buahan seperti tebu, nenas, belimbing, nangka, cempedak, pisang nangka, pisang embun, pisang masak hijau, ciku, langsat dan tembikai cina kerana boleh menyebabkan sakit tulang, lemah sendi, angin dalam badan dan sejuk otot. Penyakit-penyakit ini diketahui sebagai artritis dan rheumatisme.



Ikan masin atau ikan kering selain tidak mempunyai khasiat, ia juga dipercayai boleh menyebabkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering.



Ikan berbisa seperti ikan bawal, terubuk, pari duri, sembilang dan parang dikhuatiri bisa pada pintu rahim.



Ikan tamban, tongkol, kembung, cencaru dan makanan laut menyebabkan kegatalan kulit dan alahan menyebabkan luka pembedahan bernanah.



Ayam biasa atau ayam Bandar serta telur ayam boleh dielakkan sehingga selepas 44hari.



Air ais, air sejuk, air bergas, air tebu, air cincau, air kelapa muda serta jus buah dikhuatiri tajam dan boleh menyebabkan angin dalam badan.



Teh perlu dielakkan kerana menyebabkan angin dan kembung perut.



Apa jua makanan berlemak, berminyak dan berkolesterol tinggi.



Daging lembu pula perlu dielakkan sehingga selepas kira-kira 2 minggu.


Sekiranya anda berminat untuk mencuba set berpantang shaklee bolehlah menghubungi saya di :

Call/msj/wsap 016-447 4510 atau 017-485 2457
Email : zalinanina83@gmail.com
Like kami di facebook Page : Ummi-Muhaimin
COD seluruh petaling jaya 
POS seluruh malaysia



COD : taman medan, dato harun, PJS, jln klang lama, taman seri sentosa, taman seri manja, angkasapuri, pantai dalam, PPUM, UM dan sekitar petaling jaya.




KLIK UNTUK BERITA PENUH..

Saturday, 13 September 2014

SET KEHAMILAN DAN SET BERPANTANG SHAKLEE

Alhamdulillah, semakin ramai ibu- ibu dan bakal-bakal ibu yang sedari awal menanam azam untuk menyusukan anak mereka sendiri setelah menyedari akan kebaikan dan kepentingan susu ibu untuk tumbesaran anak yang sempurna.

Namun pengalaman menjadikan ada ibu2 berputus asa setelah mengalami kegagalan memberikan susu ibu pada anak yang pertama menyebabkan mereka tidak mahu mengambil risiko buat anak yang kedua..


Ini berbeza dengan saya..kegagalan menyusukan anak pertama lengkap sehingga 2 tahun telah mematangkan pemikiran saya untuk meningkatkan lagi ilmu alam penyusuan dengan beralih arah mencuba shaklee sedari awal kandungan berusia 2bulan dengan memakan set asa kehamilan iaitu VITALEA, B COMPLEX DAN VITAMIN C SHAKLEE.Terus terang saya katakan sepanjang kehamilan anak kedua, saya tidak makan ubat yang hospital dan klinik berikan kerana sepenuhnya saya mengambil suplemen shaklee.




Selepas kandungan masuk 3,4 bulan saya menambah dengan ESP SHAKLEE..Syukur, saya memang merasai perbezaan dengan anak pertama yang terpaksa menahan loya sehingga bersalin.Namun dengan pengambilan set asas hamil shaklee tiada loya fan morning sickness yang menyesakkan..alhamdulillah.



Setelah masuk usia kandungan 5 bulan saya tambah OMEGAGUARD DAN OSTEMATRIX SHAKLEE,tetapi stop omega pada usia kandungan 7bulan...ingin tahu kenapa?...nanti saya ceritakan..alhamdulillah, saya mampu dukung anak yang pertama, naik, tangga turun tangga ke rumah pengasuh,tiada kena simpul biawak ketika malam2 hari dan pendek kata badan bertenaga..memang teruja..







Kini lengkaplah sudah set kehamilan saya bersama SHAKLEE semasa mengandungkan zafril.


Hasil dan pengalaman yang saya rasai sepanjang menggunakan set ini sendiri ialah



  • Kurang mengalami alahan dan morning sickness berbanding anak pertama yang lembik sehingga bersalin
  • Hb semasa mengansung cantik jer..11,12 jer bacaannyer.
  • Bertenaga kerana masih mampu dukung anak sulung yang berusia 1thn++ ketika mengandung 7,8 bulan
  • Tidak alami simpul mengkarung atau simpul biawak
  • Tidak berasa stress dan lesu
  • Kulit muka tidak pucat lesi
  • Alhamdulillah, simptom demam kurang
  • Mampu uruskan anak dan keluarga walaupun sarat mengandung
  • Syukur, sangat mudah bersalin
ASelepas bersalin
  • Anak yang lahir putih gebu,kulit bersih dan sihat
  • Susu mencukupi,malahan pekat sehingga anak muntah susu dan trpaksa stop sementara ambil esp
  • Badan bertenaga dan tak rasa seperti berpantang
  • Tiada stress akibat mengususkan anak kerana anak tidur lena malam hari
  • Alhamdulillah, start pam susu untuk buat stok seawal 2minggu selepas bersalin dan hasilnya terpaksa beli deep freezer.
Tadi saya bagitau nak cerita kenapa stop omega ketika usia kandungan 7bulan kn..sebabnyer omega ada ciri2 mencairkan darah, so stop pabila dekat2 nak bersalin takut nanti mesa bersalin darah terlalu cair dan mengalami byk tumpah darah..so, masa brpantang tambah ZINC COMPLEX SHAKLEE je untuk melengkapkan set berpantang shaklee.
Bonusnyer set kehamilan shaklee ni, kalu ada lebih boleh makan semasa berpantang tau para ibu..kan jimat!..disebabkab shaklee ni bukan jamu,memang terus je boleh makan.tak yah tunggu smpai 2 minggu pas bersalin..bestkn!..sebab tu beza ibu2 yang ambil shaklee dengan ibu2 yang guna jamu2 ni..

Jadi, pilihan di tangan anda nak pilih set hamil dan berpantang yang mana.

Kesimpulanya, 90% set kehamilan adalah sama dengan set berpantang.

HARGA SET LENGKAP HAMIL ( + pos RM10) RM570
  • VITALEA
  • B COMPLEX
  • VITAMIN C
  • ESP
  • OSTEMATRIX (KALSIUM)
  • OMEGA GUARD
Set Lengkap Hamil

HARGA SET LENGKAP BERPANTANG (+ Pos RM10) RM470
  • VITALEA
  • B COMPLEX
  • VITAMIN C
  • ESP
  • OSTEMATRIX (KALSIUM)
  • ZINC COMPLEX




Set Lengkap Berpantang (tiada dalam gambar ostematrix)

HARGA SET ASAS HAMIL(+ Pos RM10) RM230
  • VITALEA
  • B COMPLEX
  • VITAMIN C
HARGA SET ASAS BERPANTANG(+ Pos RM10) RM260
  • VITALE
  • B COMPLEX
  • VITAMIN C
  • ZINC COMPLEX
TUNGGU DULU..!!!!..jika anda rasa mahal boleh join ahli dengan saya...apa kelebihannya???...BANYAK!!!...harga set berpantang lagi jimat...JIMAT BANYAK TAU!!



Sekiranya berminat untuk mendapatkan produk shaklee dengan perkhidmatan konsultasi yang terbaik, bolehlah hubungi saya di :

Call/msj/wsap 016-447 4510 atau 017-485 2457
Email : zalinanina83@gmail.com
Like kami di facebook Page : Ummi-Muhaimin
COD seluruh petaling jaya 
POS seluruh malaysia



COD : taman medan, dato harun, PJS, jln klang lama, taman seri sentosa, taman seri manja, angkasapuri, pantai dalam, PPUM, UM dan sekitar petaling jaya.

KLIK UNTUK BERITA PENUH..