Wednesday, 15 October 2014

Menarik: 6 Cara mengatasi anak mengamuk



Mengatasi anak mengamuk bukan perkara mudah. Tajuk kali ini adalah bagaimana kita mengawal anak yang mengamuk. Tindakan serta cara kita mengendalikan anak sangat penting dalam pembentukkannya. Temper tantrum atau sindrom mengamuk sering berlaku di kalangan kanak-kanak kerana ini juga salah satu cara mereka berkomunikasi.

Anak-anak sebesar ini masih rendah tatabahasa dan bilangan perkataan yang diketahuinya. Cara mudah dan cepat untuk dia memberitahu sesuatu adalah dengan menangis dan mengamuk.

Bukan mudah mengendalikan anak yang mengamuk jika kita tidak tahu cara yang paling baik bagi menanganinya. Ramai juga di kalangan ibubapa yang mengambil jalan mudah dengan memukul, menjerit dan memarahi anak dengan harapan anak akan berhenti mengamuk. Namun cara begitu lebih banyak memberikan impak negatif kepada anak-anak.

Ada beberapa cara yang boleh kita lakukan jika anak mengamuk. Antaranya:

Hanya ibu bapa yang mengetahui bila anak akan mengamuk. Kenali tanda-tandanya dan anda akan lebih bersedia jika anak anda mula mengamuk.

Cuba memujuk. Usaha dahulu memujuk dengan cara yang baik. Pegang atau dukung dengan lembut dan mesra. Itu petanda anda sedia untuk bekerjasama dan mendengar segala masalah yang sedang anak hadapi.

Alihkan perhatiannya. Jika anda sudah nampak tanda-tanda yang dia mahukan sesuatu dan anda tidak dapat memenuhi hajatnya itu dan akan mencetuskan kemarahannya, cepat-cepat alihkan perhatiannya.

Beri pilihan. Jika anak mula mengamuk, berikan dia pilihan, samada dia mahu bersikap baik dan tidak dimarahi anda. Katakan kepadanya jika dia bersikap baik, anda akan menjanjikan sesuatu seperti menonton televisyen atau membaca bersama.

Biarkan. Jika pujukan tidak menjadi dan anak anda terus menghentakkan kaki atau berguling di atas lantai, biarkan dia. Namun pastikan keadaan sekelilingnya selamat dari barang-barang yang membahayakan.

Nasihat. Anak yang mengamuk tidak akan mengamuk sepanjang hari. Dia pasti penat juga akhirnya. Pada waktu begini, anda belailah dia dan katakan kepadanya bahawa apa yang dia lakukan sebentar tadi adalah salah dan dia akan lebih disayangi jika dia bersikap baik dan mendengar kata.

Bersifat tegas. Sesekali bertegas dengan anak. Jika dia mengamuk, katakan bahawa anda akan potong waktu bermainnya. Biar dia belajar bagaimana perasaan marah dan kecewa. Terangkan dengan jelas mengapa tindakan itu anda ambil.

Bolehkah anak kecil memahami apa yang dikatakan oleh kita?

Sudah tentu! Walaupun mereka kecil, mereka tahu ketika mana ibu bapanya marah, sayang, gembira, benci mahupun kecewa. Selalulah berkomunikasi dengan anak dan berbual dengan mereka tentang apa yang mereka dan anda suka. Nasihat yang berpanjangan akan mengurangkan temper tantrumnya.

Selamat mencuba!

KLIK UNTUK BERITA PENUH..

Menarik: 10 sebab mengapa bayi menangis

Kenapa bayi menangis malam? Kenapa bayi menangis ketika menyusu? Lebih-lebih lagi bila menjelang waktu Maghrib. Tentu ramai yang melalui pengalaman ini, sibuk membaca doa untuk menjauhkan diri dari syaitan. Bagi ibu muda, ini mungkin merungsingkan. Mari kita rungkaikan apa sebenarnya yang bayi mahu.

Menangis bagi seorang bayi adalah normal. Bayi akan menangis tanpa mengira masa dan tempat. Disebabkan bayi masih kecil dan tidak mampu untuk berbuat apa-apa untuk dirinya, bayi hanya bergantung kepada orang lain untuk memahami akan dirinya. Menangis adalah cara bagi seorang bayi memberitahu sesuatu kepada orang sekelilingnya.

Sebagai seorang ibu atau bapa yang baru sahaja melangkah ke dunia keibubapaan, pasti sukar untuk menentukan apa yang bayi mahukan jika mereka menangis. Samada mereka lapar, sakit, panas atau sejuk. ia pasti membuatkan anda resah dan bimbang kerana masih tidak mengetahui akan keperluan dan kemahuan bayi. Namun, lama-kelamaan anda akan mula mengecam akan corak tangisan bayi anda. Mengenali anak dengan lebih dekat lagi akan membuatkan anda faham akan keperluannya.

Kenapa bayi menangis ?

Berikut adalah antara sebab-sebab bayi anda menangis. Ia mungkin dapat membantu anda memujuknya atau memenuhi keperluannya.

1. Saya lapar!
Bayi anda mungkin lapar dan inginkan susu. Ada beberapa tanda menunjukkan bahawa bayi ingin minum susu seperti menghisap jari dan menggerak-gerakkan mulutnya ke kiri dan ke kanan kerana mencari susu ibunya. Perut bayi bukan seperti perut orang dewasa. Mereka hanya boleh mengisi susu dalam kuantiti yang sedikit sahaja dalam satu-satu masa. Ini menyebabkan bayi akan kerap menyusu bagi memenuhi keperluannya. Berikanlah dia susu selagi dia mahu. Jika dia kenyang dia akan berhenti dan mungkin akan tertidur.

2. Lampin saya penuh!
Bayi menangis mungkin kerana lampinnya sudah kotor dan dipenuhi najis. Periksa lampinnya dan segera cuci dan tukar lampin baru jika anda mendapati lampinya sudah penuh. Bayi akan kembali selesa jika lampinnya kering.

3. Saya tidak sihat!
Bayi anda mungkin ingin memberitahu bahawa dia tidak sihat seperti demam, selsema, batuk atau kolik. Cuba periksa suhu badannya. Jika benar dia tidak sihat, bawalah bayi anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

4. Saya sangat sejuk/ sangat panas!
Seorang bayi masih tidak mampu menyesuaikan diri dengan cuaca yang terlalu sejuk atau terlalu panas. Mereka akan rasa tidak selesa dan akan menunjukkan reaksi seperti menangis bagi memberitahu orang sekelilingnya. Bedunglah atau selimutlah jika bayi anda terlalu sejuk atau pakaikanlah dia baju yang nipis jika dia terlalu panas.

5. Saya mahu tidur!
Bayi bukan pelik atau mengada-ngada. Namun itulah fitrah seorang bayi. Walaupun dia mahu tidur, kadangkala dia akan menangis untuk memberitahu ibu yang dia mahu tidur. Cuba baringkan dia, atau dodoikan lembur bayi anda. ada juga bayi tidur ketika menyusu susu ibunya. Tepuk-tepuk lembut dan alunkan ritma yang harmoni. Jika benar dia mengantuk, pasti dia akan terlena jua.

6. Saya mahu dipeluk!
Jika bayi anda sudah kenyang atau lampinnya kering dan dia masih menangis, cuba peluk dan manjainya. Bawa bayi anda rapat ke badan. Mungkin itu yang dia mahukan!

7. Saya mahu bermain!
Cuba anda bermain dengannya. Permainan ringan tetapi menghiburkan seperti peek-a-boo, pasti menyeronokkan.

8. Saya mahu berehat!
Bayi anda mungkin mahu memberitahu anda bahawa dia mahu berehat dan letakkannya di bawah. Dia mungkin mahu bebaskan kai dan tangannya dari pelukan atau bedungan.

9. Saya mahu selesa!
Jika anda pergi ke tempat baru atau berjalan-jalan terlalu lama, ini juga akan membuatkan bayi rasa tidak selesa dan menangis. Dia akan resah jika persekitarannya berbeza dengan keadaan rumahnya. Cuma hadkan waktu melawat anda ketika ziarah atau berjalan-jalan.

10. Saya tidak tahu apa yang saya mahu!
Di dalam Islam, kita percaya bahawa ada makhluk lain yang ghaib yang mungkin akan menganggu bayi. Perbanyakkanlah membaca al-Qur’an dan zikir bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Kita percaya bahawa setiap penyakit ada penawarnya dan kita digalakkan berusaha untuk memberikan kesembuhan.

Selamat mencuba dan sentiasalah bersabar menghadapi kerenah bayi anda.

KLIK UNTUK BERITA PENUH..

Puting Beliung di Pendang, Kedah.

Kedah 14, Okt - Penduduk di Pendang, Kedah hari ini dikejutkan dengan kejadian puting beliung yang berlaku di sana.

Insiden tersebut dipercayai dikesan dan dilihat orang awam pada pukul 4.30 petang berikutan angin kencang serta hujan lebat yang melandan kawasan tersebut

Memetik dari sumber Melvister, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku tetapi beberapa buah rumah dan juga sekolah di Kampung Alor Besar, Pendang dilaporkan mengalami kerosakan teruk akibat kejadian.







KLIK UNTUK BERITA PENUH..

Al Ikhlas


Sabda Rasullullah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari 

"..barang siapa yang membaca surah Al-Ikhlas.. sebanyak 100,000 kali.. maka sesungguhnya orang itu telah menebus dirinya dari Allah SWT.."

Rasullullah juga pernah bertanya pada umatnya..

"..siapakah di antara kamu, yang dapat khatam Quran dalam jangka masa 2-3 minit?.."

maka tiada siapa yang dapat menjawabnya..
malah Saidina Umar sendiri menyatakan ianya perkara mustahil untuk dilakukan..

kemudian, Saidina Ali mengangkat tangannya..
Saidina Umar menegur Saidina Ali yang mengangkat tangannya..
sebab pada sangkaan Saidina Umar, Saidina Ali mungkin tidak paham maksud yang ditanyakan Rasullullah itu...

malah pada ketika itu, Saidina Ali masih kecil lagi..
kemudian Saidina Ali membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali..
lalu Rasullullah menjawab dengan memberitahu bahawa jawapan Saidina Ali itu betul...







KLIK UNTUK BERITA PENUH..

Thursday, 9 October 2014

PETUA ATASI BENGKAK SUSU




Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi tentu pernah sekurang-kurangnya sekali mengalami masalah ini.  Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu kesakitan yang perlu ditanggung. Bagaimana cara mengatasi masalah ini? Dapatkan maklumat lanjut di bawah.

Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.
Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.
Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu.

1.      Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

2.      Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.

3.      Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.

Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!

4.      Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.

5.      Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.

6.      Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).

7.      Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).

8.      Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.

9.      Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

10.  Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.
Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan nasihat daripada doktor.

Oleh: EDITORIAL PAMA Tarikh: 25 Mac 2013

Produk LECITHIN SHAKLEE sesuai untuk bengkak susu




Umum mengetahui bahawa Lecithin shaklee hanya digunakan oleh mereka dalam proses menguruskan badan sahaja. Namun tahukah anda bahawa lecithin juga mampu menyelesaikan masalah bengkak susu. Ini kerana lecithin akan memecahkan lemak dalam badan menjadi titisan kecil.

Bagaimana ia berfungsi?
tahukah anda kandungan susu ibu termasauk lemak? Jadi , lemak tersebut tersumbat dan menjadi punca bengkak susu. Oleh itu, di sinilah peranan lecithin memecahkan lemak tersebut. 

Lecithin juga amat bagus dimakan oleh ibu menyusu kerana ia berasaskan sumber kacang soya yang bagus untuk perkembangan otak.

tahukah anda mengapa orang jepun cerdik pandai?
Ini kerana mereka dipercayai selalu makan kacang soya. Orang jepun makan kacang soya jeruk dinamakan natto.

Kesan daripada makan Lecithin shaklee?
Bukan sahaja anda dapat mengatasi masalah bengkak susu, malahan anda juga dapat menyalurkan khasiat susu yang lebih baik untuk minda dan saraf anak anda.
Untuk kesan yang lebih baik, disarankan para ibu mengambil dengan alfalfa shaklee bagi merangsang proses penghasilan susu yang lebih banyak. Secara tak langsung ibu telah melengkapkan diri ibu dengan set slim shaklee kerana peranan lecithin membuang lemak dan alfalfa pula membuang lemak dan toksin dalam badan supaya ibu kekal cergas dan bertenaga

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set berpantang shaklee ketika berpantang dan set menyusu shaklee, bolehlah menghubungi saya di :

Call/msj/wsap 016-447 4510 atau 017-485 2457
Email : zalinanina83@gmail.com
Like kami di facebook Page : Ummi-Muhaimin
COD seluruh petaling jaya 

POS seluruh malaysia

COD : taman medan, dato harun, PJS, jln klang lama, taman seri sentosa, taman seri manja, angkasapuri, pantai dalam, PPUM, UM dan sekitar petaling jaya.






KLIK UNTUK BERITA PENUH..

Wednesday, 8 October 2014

PETUA SUSU MERIAH


Tips ni pong saya dapat dari forum cari jugak....
elok untuk dikongsi bersama2...
sharing is caring...
dan memudahkan untuk rujukan saya juga sebenarnya..:)


Pemakanan:
lobak putih
ikan semua jenis ikan ikan yu (tak penah mkn lg) ikan sardine, tuna, salmon
kurma
jantung pisang
kucai +tauhu+tougeh
petola
kentang rebus
longan kering (air mata kucing)
roti
biskut marrie
daun turi
susu/ soya
halba (msk dlm nasi & air rebusannya minum)
pengaga
kacang buncis
sayur sawi
cheese
planta


Minuman:
air masak
susu
soya
nestum
oat
horlick
milo
jus buahan
buahan betik/honeydwe
rebusan buah pala
spirulina
air kelapa
rebusan air halba


Supplement yg perlu ambik:
omega 3
obimim
kalsium
vitamin c

UNTUK URUTAN
1) sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas keputing....kanan dan juga kiri
2) cuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2 puting susu
3) kalau sblm mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus lurutkan kebawah...(bc selawat dulu)...insyaallah itu salah satu urutan utk BF

MASA MENGEPAM
1)cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 3jam sekali
2)mlm bagi baby hisap kerap ....sebab bila mlm kalau kita bagi baby hisap boleh membanykkan pengeluaran susu juga
3) bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti susu baru akan terhasil.bila kita dah habis pam, die akan mengeluarkan susu baru
4) sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.
5) jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat kering
jgn minum teh/nescafe tau.....mkn supplement jgn tinggal

CARA LAIN

1) baca surah al baqarah ayat 60. sambil baca letakkan tangan pada breast tu. (satu lagi surah surah al-Hujurat kalau tak salah)
2) Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.
3) tuam tuala suam ke atas payudara
4) urut belakang
5) urut kat payudara
6) urut tetek pakai sikat?mcm sikat rambut
7) sentiasa berfikiran positif
8) invest pada pam susu yg berkualiti
9) Kerap menyusu bayi
10) kurangkan stress, jangan fikirkan perkara yang menyusahkan hati
11) doa
12) tawakkal

OK, jom cuci mata tengok stok susu ibu yang mengamalkan suplement 3M. Ini bertujuan untuk bagi semangat kat saya dan para ibu juga bahawa kita pun mampu menghasilkan susu yang meriah juga jika kita RAJIN.










Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set berpantang shaklee ketika berpantang dan set menyusu shaklee, bolehlah menghubungi saya di :

Call/msj/wsap 016-447 4510 atau 017-485 2457
Email : zalinanina83@gmail.com
Like kami di facebook Page : Ummi-Muhaimin
COD seluruh petaling jaya 

POS seluruh malaysia

COD : taman medan, dato harun, PJS, jln klang lama, taman seri sentosa, taman seri manja, angkasapuri, pantai dalam, PPUM, UM dan sekitar petaling jaya.



KLIK UNTUK BERITA PENUH..

SUSU BADAN JADI BANYAK

Mengepam dengan konsisten dan teknik yang betul  +  Pemakanan yang teratur dan seimbang  +   Air yang tidak kurang dari 2 liter sehari  + Supplement + Keyakinan dan semangat yang berterusan + Gembira serta berfikiran positif = Menghasilkan susu dengan jayanya.

Mengepam dengan konsisten dan teknik yang betul.
Ini membantu stimulasi sentiasa berlangsung dan penghasilan susu yang berterusan akan berlaku. 
Konsisten bermaksud sentiasa melakukan sesuatu itu dengan istiqamah...biar sedikit tetapi perlu berterusan. Teknik yang betul pula dikaitkan dengan memastikan si ibu itu mengepam dan memastikan sehingga payudara benar-benar kosong. 

Adakah jenis pam mempengaruhi penghasilan susu? 
Ada pendapat mengatakan pam yang memberi rasa keselesaan pada si ibu membantu menghasilkan susu dengan lebih baik. Ini kerana pam yang selesa tidak akan membuatkan si ibu rasa sakit semasa sesi mengepam dan ini akan melancarkan pengaliran susuibu dengan mood yang tenang dan gembira. Pam tidak semestinya berharga mahal  Memadai memberi keselesaan pada si ibu.

Pemakanan yang teratur dan seimbang.
Sangat penting bagi ibu yang menyusukan anaknya dengan susuibu memastikan pengambilan makanan yang teratur dan seimbang. Bermaksud si ibu tidak boleh sama sekali skip daily meal. 
Daily meal perlulah mengandungi lengkap semua keperluan vitamin demi memastikan susu yang dihasilkan penuh dengan nutrisi yang seimbang. 
Ada ibu2 yang mempunyai perasaan takut akan gemuk jika makan sedangkan proses penghasilan susuibu itu sendiri membantu pembakaran kalori dari tubuh ibu.

Air yang tidak kurang dari 2 liter sehari  
Pengambilan air sangat membantu penghasilan susu dengan baik. Namun masih terdapat ibu2 yang bekerjaya yang malas untuk menggantikan air dalam tubuh mereka atas alasan malas untuk ke tandas. 
Badan ibu akan mudah kekeringan (dehydrate) apabila terlalu terdedah dengan matahari (terutama mereka yang kerja luar dan terdedah kepada panas) serta mereka yang terlalu terdedah kepada kesejukan. 
Berapa banyak air yang perlu diminum? 
Bergantung kepada badan si ibu dan yang pasti minima ialah 2 liter.

Supplement
Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa si ibu tidak perlu mengamalkan pemakanan tambahan untuk menjayakan penyusuan. Ini adalah benar bagi mereka yang mempunyai pengambilan makanan yang teratur dan seimbang dari semua zat pemakanan yang perlu. 
Jika kita boleh pastikan makanan harian kita mengandungi 500mg vit C , kalsium dan magnesium, segala zat dalam multivitamin dan healthy life style...maka golongan ini tidak memerlukan vitamin. Namun jika anda adalah seorang yang bekerja dan pengambilan makanan anda tidak dapat memenuhi keperluan badan anda, supplement sangat digalakkan.
Supplement hanyalah untuk mengisi ruang kekosongan di dalam badan anda yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan harian. 
Jika si ibu adalah berbadan besar tidak bermakna si ibu itu sihat. Some goes to thin mother. Supplement asas yang perlu untuk badan si ibu sustained dan sihat ialah : multivitamin, b complex , vitamin C dan protin . Pengambilan protin boleh digantikan dengan alfalfa kerana kandungan alfalfa turut mempunyai protin namun pada kuantiti yang minima. 
Pengambilan supplement memerlukan pengambilan air yang selari agar ianya dapat diserap oleh seluruh tubuh dengan baik sekali.





Keyakinan dan semangat yang berterusan
Pembacaan yang banyak dan ilmu yang luas dapat membantu si ibu terus berkeyakinan dan semangat berterusan. Berkawan dengan ibu yang turut menyusukan anak juga menjadi pemangkin untuk si ibu terus bersemangat untuk menyusukan anaknya. 
Banyakkan berzikir kerana ini antara yang dapat menghidupkan rohani dan secara langsung kita dijauhkan dengan sifat malas atau mengalah.

Gembira serta berfikiran positif 
Jika si ibu itu memastikan pengambilan makanannya mengandungi cukup vitamin B atau lengkap dengan semua vitamin B , insyaAllah si ibu itu akan sentiasa gembira dan berfikiran positif. Ada kajian yang mendapati ibu yang mudah mengalah, cepat marah, mudah mengamuk, sensitif dan mudah penat dan sakit adalah mereka yang KEKURANGAN VITAMIN B COMPLEX di dalam tubuh mereka.  B complex tidak akan menggemukkan sebaliknya ia membantu si ibu itu maintain dan lebih nampak cantik serta berseri.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan produk shaklee dan set penyusuan shaklee dengan perkhidmatan konsultasi yang terbaik, bolehlah hubungi saya di :

Call/msj/wsap 016-447 4510 atau 017-485 2457
Email : zalinanina83@gmail.com
Like kami di facebook Page : Ummi-Muhaimin
COD seluruh petaling jaya 
POS seluruh malaysia



COD : taman medan, dato harun, PJS, jln klang lama, taman seri sentosa, taman seri manja, angkasapuri, pantai dalam, PPUM, UM dan sekitar petaling jaya.



KLIK UNTUK BERITA PENUH..

Tuesday, 7 October 2014

WANITA HEBAT

Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya.. Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia.
Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear. Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear mampu menanggung zuriatnya.
Wanita, hebatnya dia masih mampu melaksanakan semua tugasannya walaupun badannya sakit-sakit menanggung beban kandungannya yang kian membesar. Tidak pernah sekalipun dia mengeluh. Malah hatinya tersenyum tatkala melihat perutnya kian membesar.
Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.
Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja.
Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap kiri lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.
Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…
Wanita dicipta untuk menjadi ibu.
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan..
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia..
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya..
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran..
Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa..
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki..
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki..
Hebat kan wanita?
Anda bertuah menjadi seorang wanita..
sumber: blog
KLIK UNTUK BERITA PENUH..

GLA COMPLEX SHAKLEE TINGKATKAN PELUANG HAMIL


Masalah haid tidak teratur? Sukar hamil? Ada cysts atau fibroid? Berisiko kanser? Kulit kusam, berjeragat atau tona kulit tidak sekata? PMS? Menopuse? Ini semua masalah biasa yang dialami oleh kaum wanita kan. Tapi tahukah anda untuk mengatasi semua masalah ini hanya perlukan satu sahaja… haa apa tu ya???
Biasa dengar Shaklee GLA Complex tak? Kita biasa dengar EPO kan. Haa kalau nak tahu Shaklee GLA Complex adalah EPO versi Shaklee. EPO sebenarnya adalah gamma-linolenic acid (GLA) yang diekstrak dari Evening Primrose Oil (EPO). Jadi mudahnya ia dipanggil sahaja EPO.
Apa pentingnya GLA ni? GLA mengandungi Omega-6 yang amatdiperlukan oleh ovari dan sistem reproduksi wanita. Sebab tu juga orang masalah haid, sukar hamil dan menopouse memang digalakkan ambil EPO atau lebih tepat lagi Omega-6.
Jadi apa fungsi menyeluruh Shaklee GLA Complex?
    1. Shaklee GLA Complex seimbangkan hormon untuk melancarkan kitaran haid
    2. Shaklee GLA Complex membantu meningkatkan kesuburan dengan cara membentuk persekitaran rahim yang sihat dan optimum untuk persenyawaan dan membantu wanita dalam menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan
    3. Shaklee GLA Complex melegakan simptom PMS
    4. Shaklee GLA Complex membantu mengatasi masalah menopouse
    5. Shaklee GLA Complex menguatkan kuku dan rambut
    6. Shaklee GLA Complex menjadikan kulit cantik, sihat dan berseri (jika diamalkan berterusan kulit akan kelihatan glowing)
    7. Shaklee GLA Complex membantu menangani ekzema
    8. Shaklee GLA Complex membantu melegakan simptom artritis reumatoid
    9. Shaklee GLA Complex menguatkan sistem imun badan
    10. Shaklee GLA Complex bersifat anti-oksidan untuk memperlahankan proses penuaan
    11. Shaklee GLA Complex mengurangkan blood clot yang mengakibatkan arteri tersumbat dan serangan jantung
    12. Shaklee GLA Complex mengawal kencing manis dan darah tinggi
    13. Shaklee GLA Complex mengawal kolesterol dan membakar lemak
    14. Shaklee GLA Complex membantu fungsi saraf
    15. Shaklee GLA Complex melambatkan proses osteoporosis
    16. Shaklee GLA Complex mencegah pembentukan sel-sel kanser
    17. Shaklee GLA Complex mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
    18.  Shaklee GLA Complex membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manisseperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan.
    19. Kajian membuktikan pengambilan 480mg setiap hari Shaklee GLA Complex boleh mencegah kemerosotan dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol.
Apa kelebihan Shaklee GLA Complex berbanding EPO biasa di pasaran? GLA Shaklee diekstrak dari minyak borage (herba favourite orang Barat) di mana ia mengandungi 2x ganda jumlah GLA dan 3x ganda lebih berkesan dari EPO biasa.  Uniknya lagi Shaklee GLA Complex digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan penyerapan dan keberkesanannya. EPO biasa cuma ada GLA sahaja ya dalam kuantiti yang rendah. Tapi tidak dengan Shaklee GLA Complex.



TESTIMONI PENGGUNA GLA COMPLEX

TESTIMONI 1

TESTIMONI 2


TESTIMONI 3

TESTIMONI 4
tingkatkan kesuburan suami isteri 3


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set kesuburan ini, bolehlah menghubungi saya di :


Call/msj/wsap 016-447 4510 atau 017-485 2457
Email : zalinanina83@gmail.com
Like kami di facebook Page : Ummi-Muhaimin
COD seluruh petaling jaya 


POS seluruh malaysia

COD : taman medan, dato harun, PJS, jln klang lama, taman seri sentosa, taman seri manja, angkasapuri, pantai dalam, PPUM, UM dan sekitar petaling jaya.

KLIK UNTUK BERITA PENUH..