Tuesday, 3 February 2015

Set Slimming Untuk Ibu Menyusukan Anak

SET KURUS SHAKLEE UNTUK IBU MENYUSU 

Soalan :
Teringin nak kurus tapi saya masih menyusukan anak. Sekarang macam2 produk untuk kurus ada di pasaran. Tak berani nak cuba sebab takut effect baby. Ada tak cara yang terbaik untuk saya kurus walaupun saya masih menyusu?

Jawapan :
Ada....memang betul,ibu menyusu tak boleh telan sebarangan set kurus. Kena tau apa yang diamalkan supaya proses penyusuan tidak terganggu. Dan yang penting biarlah anak kita juga peroleh manfaat penyusuan walaupun ibu makan set kurus. JANGAN kerana nak kurus, keperluan anak kita di abaikan pula.

SET KURUS SHAKLEE untuk IBU MENYUSU mengandungi 3 jenis supplemen penting, khas untuk ibu dan anak. Sama2 peroleh manfaat dan kesan yang positif!

Ibu menyusu hanya perlu amalkan ESP Shaklee + Alfalfa + Lecithin. 



ESP
Bagaimana ESP membantu menurunkan berat badan ?

Salah satu manfaat ESP ialah membantu menurunkan berat badan. Ini kerana ESP mempunyai Index Glisemik yang rendah. Apa pula Index Glisemik ni? Jom saya huraikan.   

Index Glisemik (GI)
Setiap makanan yang diambil akan ditukarkan kepada bentuk glukosa. Glukosa berfungsi membekalkan tenaga dan memberikan rasa kenyang. Tempoh tindakbalas pembebasan glukosa kedalm tubuh dikenali sebagai Glycemix Index (GI). Makanan yang membebaskan glukosa dengan lambat memiliki GI yang rendah manakala makanan yang membebaskan glukosa dengan kadar yang cepat mempunya GI yang tinggi.
Glisemik diukur seperti berikut: GI 70 dan ke atas (Tinggi) GI 56- 69 (Sederhana) GI 55 dan ke bawah (Rendah) Di barat, Glycemix Index (GI) telah menjadi salah satu cara yang popular untuk menurunkan berat badan. GI pada asalnya digunakan untuk membantu pengidap diabetes mengawal gula di dalam darah mereka. Secara teorinya, jika GI dapat membantu mengawal gula dalam darah, maka ia juga dapat membantu dalam pengurusan berat badan. BAGAIMANA? 

Bagaimana GI membantu menurunkan berat badan.
Kesemua jenis karbohidrat membebaskan gula, namun, kadar pembebasan gula ini bergantung kepada jenis karbohidrat dan kandungan fiber di dalamnya. Segelas jus oren (GI Tinggi) contohnya membebaskan gula dengan lebih cepat berbanding semangkut oat (GI Rendah).  Rendah atau tingginya GI dalam sesuatu makanan bergantung kepada perbagai faktor seperti berikut, namun tidak terhad kepada:
 a) kuantiti makanan diambil 
 b) amaun dan jenis karbohidrat 
 c) cara makanan dimasak 
 d) suhu semasa makanan diproses dan lain2. 
Makanan yang mempunya GI yang rendah dapat membantu menurunkan berat badan. Memandangkan proses pembebasan gula mengambil masa yang lebih perlahan, maka ianya diserap oleh tubuh dengan lebih lambat membuatkan kita kenyang dengan lebih lama.Manakala makanan berglisemik tinggi lebih mudah diserap tubuh membuatkan kita lambat kenyang dan mudah lapar semula.

ESP mempunya GI 39 sahaja, maka tidak hairanlah ia membantu dalam pengurusan berat badan.jadi, jika anda berhasrat menurunkan berat badan namun asyik lapar aje walaupun baru aje makan, bolehlah cuba ESP ye. Sudah tentulah air kosong sebanyak 3 liter diperlukan sehari beserta dengan pengambilan pemecah lemak dan detox untuk membuang lemak2 berlebihan.


LECITHIN   
Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 
 

Bagaimana lecithin membantu anda untuk kurus? 
Ada yang bercerita apabila mereka mendapati badan makin mengembang akibat dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Namun bagi yang menyusu badan, tahukah anda, kebaikan Lecithin kepada ibu yang menyusu? 

* Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat. 
* Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu. 
* Ia membantu ibu mengatasi masalah lupa atau “short memory” yang biasa dilalui selepas melahirkan. 
* Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi. 

Maka selamatkah Lecitihin di ambil semasa penyusuan selain untuk pengambilan untuk mengurangkan berat badan? Jawapannya ialah ya selamat diambil.


ALFALFA COMPLEX
Bagaimana Alfalfa membantu anda untuk kurus?
  1. Salah satu sumber makanan tertua di dunia. 
  2.  Mengandungi 8 enzim percernaan dalam kuantiti secukupnya dan membantu pencernaan     bagi kesemua tiga kelas makanan.
  3. Mengandungi10 vitamin,15 mineral,gentian dan amat kaya dengan protein
  4. Mencucu usus bagi membuang toksik
  5. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing koto
  6. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan.
  7. Melegakan sembelit


Nak tahu  tak  apa lagi khasiat dan kebaikan yg ibu2 akan dapat kalau ambil set slimming ni? ibu2 bukan takat  dapat kurangkan berat badan tapi dapat juga:

<3  Susu badan makin bertambah sebab esp & alfalfa adalah milkbooster  
<3  Tiada lagi masalah keputihan 
<3  Menganjalkan semula payudara 
<3  Memantapkan semula punggung 
<3  Tiada lagi masalah resdung atau alahan 
<3  Strech marsk semasa hamil semakin pudar.. 
<3  Merapatkan miss v 
<3  Tiada lagi bau badan 
<3  Tiada lagi tapak kaki merekah – rekah
<3   Kulit semakin cantik 
<3   Bertenaga walaupun menyusukan anak  
KLIK UNTUK BERITA PENUH..

Wednesday, 15 October 2014

Menarik: 6 Cara mengatasi anak mengamuk



Mengatasi anak mengamuk bukan perkara mudah. Tajuk kali ini adalah bagaimana kita mengawal anak yang mengamuk. Tindakan serta cara kita mengendalikan anak sangat penting dalam pembentukkannya. Temper tantrum atau sindrom mengamuk sering berlaku di kalangan kanak-kanak kerana ini juga salah satu cara mereka berkomunikasi.

Anak-anak sebesar ini masih rendah tatabahasa dan bilangan perkataan yang diketahuinya. Cara mudah dan cepat untuk dia memberitahu sesuatu adalah dengan menangis dan mengamuk.

Bukan mudah mengendalikan anak yang mengamuk jika kita tidak tahu cara yang paling baik bagi menanganinya. Ramai juga di kalangan ibubapa yang mengambil jalan mudah dengan memukul, menjerit dan memarahi anak dengan harapan anak akan berhenti mengamuk. Namun cara begitu lebih banyak memberikan impak negatif kepada anak-anak.

Ada beberapa cara yang boleh kita lakukan jika anak mengamuk. Antaranya:

Hanya ibu bapa yang mengetahui bila anak akan mengamuk. Kenali tanda-tandanya dan anda akan lebih bersedia jika anak anda mula mengamuk.

Cuba memujuk. Usaha dahulu memujuk dengan cara yang baik. Pegang atau dukung dengan lembut dan mesra. Itu petanda anda sedia untuk bekerjasama dan mendengar segala masalah yang sedang anak hadapi.

Alihkan perhatiannya. Jika anda sudah nampak tanda-tanda yang dia mahukan sesuatu dan anda tidak dapat memenuhi hajatnya itu dan akan mencetuskan kemarahannya, cepat-cepat alihkan perhatiannya.

Beri pilihan. Jika anak mula mengamuk, berikan dia pilihan, samada dia mahu bersikap baik dan tidak dimarahi anda. Katakan kepadanya jika dia bersikap baik, anda akan menjanjikan sesuatu seperti menonton televisyen atau membaca bersama.

Biarkan. Jika pujukan tidak menjadi dan anak anda terus menghentakkan kaki atau berguling di atas lantai, biarkan dia. Namun pastikan keadaan sekelilingnya selamat dari barang-barang yang membahayakan.

Nasihat. Anak yang mengamuk tidak akan mengamuk sepanjang hari. Dia pasti penat juga akhirnya. Pada waktu begini, anda belailah dia dan katakan kepadanya bahawa apa yang dia lakukan sebentar tadi adalah salah dan dia akan lebih disayangi jika dia bersikap baik dan mendengar kata.

Bersifat tegas. Sesekali bertegas dengan anak. Jika dia mengamuk, katakan bahawa anda akan potong waktu bermainnya. Biar dia belajar bagaimana perasaan marah dan kecewa. Terangkan dengan jelas mengapa tindakan itu anda ambil.

Bolehkah anak kecil memahami apa yang dikatakan oleh kita?

Sudah tentu! Walaupun mereka kecil, mereka tahu ketika mana ibu bapanya marah, sayang, gembira, benci mahupun kecewa. Selalulah berkomunikasi dengan anak dan berbual dengan mereka tentang apa yang mereka dan anda suka. Nasihat yang berpanjangan akan mengurangkan temper tantrumnya.

Selamat mencuba!

KLIK UNTUK BERITA PENUH..

Menarik: 10 sebab mengapa bayi menangis

Kenapa bayi menangis malam? Kenapa bayi menangis ketika menyusu? Lebih-lebih lagi bila menjelang waktu Maghrib. Tentu ramai yang melalui pengalaman ini, sibuk membaca doa untuk menjauhkan diri dari syaitan. Bagi ibu muda, ini mungkin merungsingkan. Mari kita rungkaikan apa sebenarnya yang bayi mahu.

Menangis bagi seorang bayi adalah normal. Bayi akan menangis tanpa mengira masa dan tempat. Disebabkan bayi masih kecil dan tidak mampu untuk berbuat apa-apa untuk dirinya, bayi hanya bergantung kepada orang lain untuk memahami akan dirinya. Menangis adalah cara bagi seorang bayi memberitahu sesuatu kepada orang sekelilingnya.

Sebagai seorang ibu atau bapa yang baru sahaja melangkah ke dunia keibubapaan, pasti sukar untuk menentukan apa yang bayi mahukan jika mereka menangis. Samada mereka lapar, sakit, panas atau sejuk. ia pasti membuatkan anda resah dan bimbang kerana masih tidak mengetahui akan keperluan dan kemahuan bayi. Namun, lama-kelamaan anda akan mula mengecam akan corak tangisan bayi anda. Mengenali anak dengan lebih dekat lagi akan membuatkan anda faham akan keperluannya.

Kenapa bayi menangis ?

Berikut adalah antara sebab-sebab bayi anda menangis. Ia mungkin dapat membantu anda memujuknya atau memenuhi keperluannya.

1. Saya lapar!
Bayi anda mungkin lapar dan inginkan susu. Ada beberapa tanda menunjukkan bahawa bayi ingin minum susu seperti menghisap jari dan menggerak-gerakkan mulutnya ke kiri dan ke kanan kerana mencari susu ibunya. Perut bayi bukan seperti perut orang dewasa. Mereka hanya boleh mengisi susu dalam kuantiti yang sedikit sahaja dalam satu-satu masa. Ini menyebabkan bayi akan kerap menyusu bagi memenuhi keperluannya. Berikanlah dia susu selagi dia mahu. Jika dia kenyang dia akan berhenti dan mungkin akan tertidur.

2. Lampin saya penuh!
Bayi menangis mungkin kerana lampinnya sudah kotor dan dipenuhi najis. Periksa lampinnya dan segera cuci dan tukar lampin baru jika anda mendapati lampinya sudah penuh. Bayi akan kembali selesa jika lampinnya kering.

3. Saya tidak sihat!
Bayi anda mungkin ingin memberitahu bahawa dia tidak sihat seperti demam, selsema, batuk atau kolik. Cuba periksa suhu badannya. Jika benar dia tidak sihat, bawalah bayi anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

4. Saya sangat sejuk/ sangat panas!
Seorang bayi masih tidak mampu menyesuaikan diri dengan cuaca yang terlalu sejuk atau terlalu panas. Mereka akan rasa tidak selesa dan akan menunjukkan reaksi seperti menangis bagi memberitahu orang sekelilingnya. Bedunglah atau selimutlah jika bayi anda terlalu sejuk atau pakaikanlah dia baju yang nipis jika dia terlalu panas.

5. Saya mahu tidur!
Bayi bukan pelik atau mengada-ngada. Namun itulah fitrah seorang bayi. Walaupun dia mahu tidur, kadangkala dia akan menangis untuk memberitahu ibu yang dia mahu tidur. Cuba baringkan dia, atau dodoikan lembur bayi anda. ada juga bayi tidur ketika menyusu susu ibunya. Tepuk-tepuk lembut dan alunkan ritma yang harmoni. Jika benar dia mengantuk, pasti dia akan terlena jua.

6. Saya mahu dipeluk!
Jika bayi anda sudah kenyang atau lampinnya kering dan dia masih menangis, cuba peluk dan manjainya. Bawa bayi anda rapat ke badan. Mungkin itu yang dia mahukan!

7. Saya mahu bermain!
Cuba anda bermain dengannya. Permainan ringan tetapi menghiburkan seperti peek-a-boo, pasti menyeronokkan.

8. Saya mahu berehat!
Bayi anda mungkin mahu memberitahu anda bahawa dia mahu berehat dan letakkannya di bawah. Dia mungkin mahu bebaskan kai dan tangannya dari pelukan atau bedungan.

9. Saya mahu selesa!
Jika anda pergi ke tempat baru atau berjalan-jalan terlalu lama, ini juga akan membuatkan bayi rasa tidak selesa dan menangis. Dia akan resah jika persekitarannya berbeza dengan keadaan rumahnya. Cuma hadkan waktu melawat anda ketika ziarah atau berjalan-jalan.

10. Saya tidak tahu apa yang saya mahu!
Di dalam Islam, kita percaya bahawa ada makhluk lain yang ghaib yang mungkin akan menganggu bayi. Perbanyakkanlah membaca al-Qur’an dan zikir bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Kita percaya bahawa setiap penyakit ada penawarnya dan kita digalakkan berusaha untuk memberikan kesembuhan.

Selamat mencuba dan sentiasalah bersabar menghadapi kerenah bayi anda.

KLIK UNTUK BERITA PENUH..

Puting Beliung di Pendang, Kedah.

Kedah 14, Okt - Penduduk di Pendang, Kedah hari ini dikejutkan dengan kejadian puting beliung yang berlaku di sana.

Insiden tersebut dipercayai dikesan dan dilihat orang awam pada pukul 4.30 petang berikutan angin kencang serta hujan lebat yang melandan kawasan tersebut

Memetik dari sumber Melvister, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku tetapi beberapa buah rumah dan juga sekolah di Kampung Alor Besar, Pendang dilaporkan mengalami kerosakan teruk akibat kejadian.







KLIK UNTUK BERITA PENUH..