Monday, 17 December 2018

SHAKLEE NI HALAL KE??

Soal HALAL dan HARAM memang keutamaan kita dalam memilih sesuatu priduk,  lagi pula jika ianya adalah bab pemakanan kan?? 

Jadi Shaklee sangat komited dengan kualiti dan kehalalan produknya :)

Berikut adalah SIJIL HALAL yang mengesahkan produk shaklee adalah halal. 

SIJIL HALAL SHAKLEE 2016

SIJIL HALAL SHAKLEE 2017

SIJIS HALAL SHAKLEE 2018 

Dan untuk pengetahuan juga,  shaklee akan memperbaharui setiap tahun sijil halal tersebut untuk memastikan ianya mengikut landasan yang betul. 

ZAZALI 
016-4474510 
COD SSHAKLE PETALING JAYA 😊

KLIK UNTUK BERITA PENUH..

Wednesday, 14 November 2018

TIPS BANYAKKAN SUSU DENGAN AIR RENDAMAN KURMA

Assalamualaikum dan hi semua.. So,  hari ni kak ina nak share bagaimana nak bust air rendaman kurma ni dan apa khasiatnya .


Air rendaman kurma ni orang panggil air nabeez  yang mana kurma akan direndam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginya.

MANFAATNYA jika diamalkan setiap hari,  in sha Allah akan mendapat tubuh yang cergas, minda yang cerdas, mata yang sihat dan badan yang bertenaga!

Sumber mengatakan: air nabeez nie kegemaran rasullah s.a.w. Nabi akan rendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) + minum air rendaman kurma tu diwaktu pagi. Air tu nabi minum & buah kurma yang dah lembik tu, nabi telan sekali. Oleh itu air nabeez nie dikatakan sebagai sunnah nabi.

Terlalu banyak khasiat kurma yang menjadi sunnah Rasullah s.a.w. ini.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”.

Sabda Rasulullah SAW :

“Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)

Dari segi kesihatan tubuh badan, kurma telah dibuktikan sebagai:-


1. Pemberi & pemulih tenaga (ini antara sebab kita disunatkkan memakan kurma sebaik berbuka puasa)

2. Tinggi kandungan fiber ~ mengelakkan kolestrol jahat dari terkumpul di dalam badan. Sangat bagus dalam mengelakkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit)

3. Pemberi zat besi yang sangat bagus.

4. Kaya pottassium ~ penting dalam penjagaan jantung & menstabilkan tekanan darah

Khasiat Air Nabeez

Air nabeez nie adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan. Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan toksin dari badan. Dalam ertikata lain sebagai detox. Disebabkan air nabeez nie tinggi kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa. Sangat bagus untuk memulihkan lemah tenaga batin.

Cara Membuat Air Nabeez

Rendam beberapa butir kurma (seelok2nyer bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jug air / gelas. Seelok2nyer dibuat waktu petang / malam, dan pastikan jug air / gelas tu bertutup. Keesokkan paginyer (dalam 8-12 jam selepas direndam), air tu bole diminum & buah kurma yang telah lembut tu dimakan begitu sahaja.


1. Tuangkan air minuman ke dalam gelas sebelum tidur.

2. Rendam kurma dalam air minuman tersebut..

3. Minum air rendaman dan makan kurma itu keesokan paginya sebelum sarapan.

Kurma yang elok digunakan adalah kurma ajwa. Tapi kalo takde kurma ajwa ~ sebarang kurma lain pun boleh.

Pantang Larang Dalam Membuat Air Nabeez

Hanya gunakan salah satu daripada buah2an pada satu2 masa. Tak boleh campurkan kurma & kismis untuk membuat air nabeez. Maksudnyer kena buat dalam 2 bekas yang berasingan kalau nak minum nabeez kurma dan nabeez kismis. Air nabeez nie kalo disimpan di dalam peti ais ~boleh tahan 1 – 2 hari

Love,
Ummi
KLIK UNTUK BERITA PENUH..

Friday, 5 January 2018

TIP AJAR ANAK MAKAN BUAH

Assalamualikum dan hai semua.. 

Salam berhujung minggu.. Hari ni spa aktiviti korang. 

Ummi dan anak anak di rumah je. Uruskan urusan kemas rumah,  terutama baju yang bertambun tak dilipat tu.. Allahu,  dilema mak mak kan kalau bab bab lipat baju ni kan.. Huhuhu

Ayah keluar jap,  uruskan hal kereta dia.. So,  tak blh nak bawa anak anak.. Kang tak jadi kerja plak. 

Sementara ummi nak lipat baju,  tiba tiba abang zafril minta buah

"ummi nak epal"

Emmm,  apa lagi,  ummi pun kena kupad kulit,  dan potong kecil kecil supaya dia senang makan. 

















Si Muhammad berebut pear dan abang muhaimin. 


"ni abang punya"

"abang ambil yang barulah.. Cuci dulu k"
 






Hahha.. Gini lah gelagat anak anak.. 

Do,  ummi nak share skit tip nak galakkan anak makan buah
1. Semasa bayi lagi,  buat puri buah
2. Kenal pasti buah yang akan kita suka
3. Pelbagaikan buah kesukaan mereka
4. Buang kulit jika buah tu keras nak makan. 
5. Potong ikut saiz supaya senang anak nk makan
6. Sambil makan,  sambil tgk cerita kegemaran mereka
7. Bagitau manfaat buah kalau mereka makan secara simple yang mereka mudah hadam nak faham

Setakat ni jer tips  dari ummi

Love, 
Ummi 


KLIK UNTUK BERITA PENUH..

Wednesday, 3 January 2018

APA ITU SET BERSALIN 3M SHAKLEE

Assalamualikum dan salam sejahtera semua.. 

Hari ni ummi nak review skit apa set bersalin yang menjadi  viral dan sangat diminati oleh ibu menyusu. 
Stock susu
Sama macam ummi dulu,  selepas mengambil fullset set menyusu semasa berpantang,  selepas tu ummi hanya fokus pada  set 3M nilah.. 
Khairur asyraf muhaimin 

Khairur zainal zafril 

Khairur Muhammad Al fateh 
Dan hasil production susu amatlah tidak menghampakan,  bila mana apa yang ummi dapat adalah

✅Susu pekat
✅Susu meriah
✅Tiada masalah dakit pinggang
✅Bertenaga dan cergas
✅Kulit makin gebu dan anjal
✅Kulit anak cantik

Dan sebagainya.. 
Must try,  sebab baru tau apa kesan kat korang sendiri 

3M merupakan gabungan set asas dengan tambahan ESP, Ostematrix dan juga Alfalfa. 

Kenapa set ini dinamakan sebagai 3M?
3M ialah MOM’S MARVELLOUS MILK atau juga boleh kita panggil MIGHTY MOTHER’S MILK :) atau juga MAKE MORE MILK.

ESP merupakan non-GMO soy protein yang mempunyai 9 asid amino penting yang TIDAK  DAPAT  DIHASILKAN  OLEH  TUBUH  MANUSIA .

 Protein sangat penting untuk ibu selepas bersalin bagi membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, mencegah migrain, imsonia dan tekanan. 
✔ Protein dalam tubuh sangat diperlukan bagi merangsang selera makan bagi ibu yang tiada selera, meningkatkan tenaga sekiranya mengalami anemia, tekanan darah rendah, masalah tidur, badan letih dan lesu dan juga depresi.
✔ Protein juga dapat mempertingkatkan pemulihan luka dan parut dengan membina sel-sel yang baru dan juga membantu para ibu yang keguguran rambut kerana pertumbuhan rambut yang sihat turut memerlukan protein.
✔ Pengambilan ESP bersama ostematrix membantu dalam penyerapan kalsium dan juga menguatkan tisu-tisu penghubung.

OsteMatrix terdiri daripada nutrien kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum dan magnesium yang penting diperlukan oleh tubuh. 

OsteMatrix menggantikan semula kalsium dalam tubuh ibu dan elemen penting untuk ibu yang menyusukan dan juga bayi.
✔ Kalsium sangat diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat pada bayi yang disusukan. Bagi wanita yang sedang dalam pantang, selalunya tidak banyak bergerak dan kebanyakan masa mereka berbaring di atas katil. Supplement kalsium dapat menghalang pembentukan darah beku pada saluran darah ketika banyak berbaring dan tidak aktif semasa pantang. Kalsium juga sangat penting memperbaiki fungsi saraf, bagi mengelakkan rasa kebas pada anggota kaki dan tangan mereka di samping mempercepatkan pengecutan otot rahim untuk kembali ke saiz asal.

Alfalfa Complex pula bertindak sebagai MILK  BOOSTER  turut membantu menangani sakit-sakit badan dengan MENGURANGKAN  KEASIDAN  DALAM  TUBUH . Ia juga membantu dalam menangani masalah SEMBELIT  yang sering dialami wanita selepas melahirkan.

**Pengambilan alfalfa adalah bergantung kepada ibu dan anak yang tidak mempunyai penyakit SLE dan bebas daripada jaundice atau sakit kuning.

Ummi memang sangat selesa dan berpuas hati menggunakan set menyusu ni.

Selamat
Berkesan
Semulajadi
Mampu milik

Love,
Ummi
KLIK UNTUK BERITA PENUH..

Tuesday, 2 January 2018

TIPS MENDIDIK ANDA STYLE SANTAI

Assalamualaikum dan hai semua...

Didoakn mudahan ibu ibu semua bertabah dengan kerenah anak anak yang baru nak mengenal dunia luar,yang mana ada di antara mereka yang selama ni kat rumah jer, melekat ngn mak pak..skang tetiba jer kena p sekolah ..hihihi


so, ummi saje nak share dengan anda semua amalan yang murni untuk mendidik anak termasuk pesanan buat diri ummi juga untuk mendidik abag muhaimin, abang zafril dan adik muhammad

jom baca sama-sama

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”


4). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

5). Berikan PUJIAN setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

6). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

7). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

8). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, JANGAN MENGELUH. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

9).  DENGAR CERITA ANAK. Cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

10). TENANGKAN ANAK setiap kali mereka memerlukannya.

11). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

12). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

13). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

share dari ''PERSATUAN IBU-IBU MENGANDUNG''
KLIK UNTUK BERITA PENUH..

Monday, 1 January 2018

KEDAI MAINAN MURAH

Siapa tak sayangkan anak kan.kadang kalau kita berjalan kat shopping mall,  mesti anak anak kita nak mainan yang ada jual kat situ kan.. 

Style ummi,  ummi bagi depa pegang untuk lepaskan kempunan jer,  sebab dah tau sangat peel anak anak yang akan main sekejap je. 

Last last,  si abag muhaimin cari keretapi thomas dia,  di abag zafril cari helicopter dia dan si adik Muhammad main je apa yang ada depan mata.. Hahahha

So,  aritu,  ajaklah ayah depa p cari mainan utk abg zafril. So mintak ayah sevey kedai mainan murah murah jer. 

So kami cari di area jalan raja laut,.. Memang murah dan berbaloi. 

Pilih jangan tak pilih

Kedai yang kami masuk ni kedai Penn Mart Toys,  tapi kalau p sana sepanjang tepi jalan tu memang banyak sangat kedai mainan. Tapi,  kedai ni menambat hati ayah.
Best dah dapat helicopter 


Kat kedai ni,  atoman besar abg zafril pun ada tau.. Hahahha

Abg muhaimin pening nak pilih yang mana satu sebab banyak sangat mainan.. Hihi

 
Akhirnya ini pilihan dia.. Mesti ambil thomas juga. Memang tak leh berenggang dengan thomas and fren nyer tu.. Huhu


Ayah kena qc dulu. Walaupun ayah tak bape bekenan sebab materialnya plastik,  takut nanti tak blh main lama,  tapi ayah redho bila harganye murah yakmatt.. Hahahha


Ok,  time ni adik  Muhammad dah boring sebab lama sangat,  so dia dah start nak mengamuk.. Hahah.. Sebelum dia mengamuk,  jom kita p bayar dan blik dengan hati gumbira. 


Dan,  inilah hasil tangkapan semalam,  dan harganya tepat2 rm50 seperti bajet ummi. 

Alhamdullilah,  anak sangat seronok dengan mainan baru mereka ni. 

Abang  muhaimin
Set keretapi thomas and friends rm10

Abang zafril
Sebiji helicopter rm20

Adik Muhammad 
Sebiji kereta hijau rm12
Sebiji bas merah rm8

Berbaloi kan mak dan ayah semua?? Hihi

Alhamdullilah  dengan nikmat ini ya Allah

Love, 
Ummi







KLIK UNTUK BERITA PENUH..

Sunday, 31 December 2017

PENGALAMAN ANAK BUJANG MASUK DARJAH 1

Hai semua.. Semoga anda sentiasa diberkati dan sentiasa bergembira.. 

Wehuuu... Esok new year lah... So ni adalah post terakhir dari ummi untuk tahun 2017..


Dan ummi nak mengabadikan kenangan abg asyraf muhaimin (anak sulung ummi) mendaftar darjah 1..


Anak sulung ummi yang bijak dan penyayang "khairur asyraf muhaimin"

Biasa memang muhaimin akan bangun awal untuk ke tadika.. Dan pada hari pendaftaran (28.12.2017) muhaimin  akan bangun awal dan bersiap. 



Ok,  dah ready nak ke sekolah..


Smart sangat anak ummi bertali leher kuning ni.. Tq ayah tolong belikan untuk abg muhaimin.

Tips penting: awal pagi jangan sesekali buat mood anak2 swing.. Hahah... Kalau anak nak itu,  ini awal2 pagi,  tapi permintaanya sangatlah tak masuk akal,  kita iyer kan aje.. Bukan menipu anak,  tp kita ambil langkah mengelakkan anak tantrum.. Hahaha

Ready nak p sekolah dengan ayah.

Oh,  ummi lupa nak bagi tau abang muhaimin pergi dengan ayah jer hari prndaftaran ni sebab ummi jaga abg zafril dan adik Muhammad kat rumah.

Kebetulan abang muhaimin daftar sekolah di sekolah tempat kerja ayah. 



Dah sampai sekolah,  anak anak akan berkumpul di tapak perhimpunan. 

Kemudian anak-anak akan menjalani ujian bertulis seperti yang gariskan oleh kementerian pelajaran di dalam kelas. Time ni parents tak boleh berada berhampiran anak dan parent akan ke dewan untuk mendengar taklimat khas. Ayah bagitau,  tahun ni strict skit,  so tak delah gambar abang muhaimin tengah ambil exam.. Hahahha

Penerangan kepada parent tentang hal ehwal murid dan sekolah.

Ini lah Guru Besar Sek Keb Taman Segar Cheras

Ok,  dah ahbis exam dan boleh balik..


Alhamdullilah,  hari pendaftaran anak ummi berjalan dengan lancar sahaja. 

Ummi doakan moga abang muhaimin seronok belajar dan menjadi  insan berguna. 

Love, 
Ummi





KLIK UNTUK BERITA PENUH..

Friday, 29 December 2017

SELAMAT KEMBALI

Dah lama sangat kak ina tak menulis kan.. 

Kali terakhir post Oktober 2016 selepas melahirkan dan berpantang anak ke 2.

Sekarang kak ina dah mempunyai 3 cahaya mata dah... Alahaiii,  cepatnya masa berlalu dan zafril pun dah menjangkau usia 4 tahun dan tahun depan dah 5tahun dah.. Ahaksss

Anak ke 3 kak ina kini dah masuk umur 1 tahun 2 bulan.. Alhamdulillah 😍 

Jadi, selepas  ni kak ina akan aktif berkongsi dengan pembaca semua.. 

Dan,  selepas ni kak ina akan membahasakan diri kak ina dengan "ummi" lah.. Senang nak bercerita.. 

Dan ini juga gelaran anak2 kak ina panggil juga.. Hihi.. 

Ok,  untuk come back ni,  ummi akan share kisah anak bujang sulung ummi yang baru jer mendaftar di sekolah baru,  darjah 1 pada 28.12.2017..

Jom baca next enty yer semua.. 

Love
Ummi
KLIK UNTUK BERITA PENUH..

Wednesday, 19 October 2016

TESTIMONI SET MENYUSU SHAKLEE


**AWASS : post ini bukan bertujuan untuk menunjuk riak, tetapi ia atas dasar perkongsian sahaja..

Aha!..asyik share testimoni orang jer kan, meh kak ina share pengalaman kak ina sendiri yang berpantang dengan SET MENYUSU, BERPANTANG shaklee ni...Masa berpantang dan menyusu, suplement sama jer tp masa berpantamg ada zink, dan menyusu kak ina tambah alfalfa..so, 1 set ni ada ESP, VITALEA, B COMPLEX, VITAMIN C, ALFALFA, OSTEMATRIX (masa ni tak ambil lagi omega, sebab tu nampak berlapis dagu kak ina kan..huhuhu).
So, apa yang kak ina nak share ngn moms semua,masa kak ina berpantang (anak ke 2), Ya Allah memang seronok sangat..
1. Susu sangat meriah (seawal minggu ke 2 berpantang dah start pam dah dapt 6oz)
2. Badan sangat bertenaga dan tak stress uruskan anak
3. Anak cepat kenyang sebab susu sangat pekat dan tak berjaga malam
4. Kuning cepat turun(sebab kak ina dan suami memang darah jenis O)
5. Kulit wajah tak kusam, malah kemerahan
6, stok susu dah buat seawal mungkin
Dan banyakkkk lagi...


So untuk moms yang nak pilih set apa ketika berpantang nanti, kak ina sangat recommended set shaklee. Boleh hubungi kak ina, kita share bajet moms macam macam mana...
KLIK UNTUK BERITA PENUH..

Tuesday, 3 February 2015

Set Slimming Untuk Ibu Menyusukan Anak

SET KURUS SHAKLEE UNTUK IBU MENYUSU 

Soalan :
Teringin nak kurus tapi saya masih menyusukan anak. Sekarang macam2 produk untuk kurus ada di pasaran. Tak berani nak cuba sebab takut effect baby. Ada tak cara yang terbaik untuk saya kurus walaupun saya masih menyusu?

Jawapan :
Ada....memang betul,ibu menyusu tak boleh telan sebarangan set kurus. Kena tau apa yang diamalkan supaya proses penyusuan tidak terganggu. Dan yang penting biarlah anak kita juga peroleh manfaat penyusuan walaupun ibu makan set kurus. JANGAN kerana nak kurus, keperluan anak kita di abaikan pula.

SET KURUS SHAKLEE untuk IBU MENYUSU mengandungi 3 jenis supplemen penting, khas untuk ibu dan anak. Sama2 peroleh manfaat dan kesan yang positif!

Ibu menyusu hanya perlu amalkan ESP Shaklee + Alfalfa + Lecithin. 



ESP
Bagaimana ESP membantu menurunkan berat badan ?

Salah satu manfaat ESP ialah membantu menurunkan berat badan. Ini kerana ESP mempunyai Index Glisemik yang rendah. Apa pula Index Glisemik ni? Jom saya huraikan.   

Index Glisemik (GI)
Setiap makanan yang diambil akan ditukarkan kepada bentuk glukosa. Glukosa berfungsi membekalkan tenaga dan memberikan rasa kenyang. Tempoh tindakbalas pembebasan glukosa kedalm tubuh dikenali sebagai Glycemix Index (GI). Makanan yang membebaskan glukosa dengan lambat memiliki GI yang rendah manakala makanan yang membebaskan glukosa dengan kadar yang cepat mempunya GI yang tinggi.
Glisemik diukur seperti berikut: GI 70 dan ke atas (Tinggi) GI 56- 69 (Sederhana) GI 55 dan ke bawah (Rendah) Di barat, Glycemix Index (GI) telah menjadi salah satu cara yang popular untuk menurunkan berat badan. GI pada asalnya digunakan untuk membantu pengidap diabetes mengawal gula di dalam darah mereka. Secara teorinya, jika GI dapat membantu mengawal gula dalam darah, maka ia juga dapat membantu dalam pengurusan berat badan. BAGAIMANA? 

Bagaimana GI membantu menurunkan berat badan.
Kesemua jenis karbohidrat membebaskan gula, namun, kadar pembebasan gula ini bergantung kepada jenis karbohidrat dan kandungan fiber di dalamnya. Segelas jus oren (GI Tinggi) contohnya membebaskan gula dengan lebih cepat berbanding semangkut oat (GI Rendah).  Rendah atau tingginya GI dalam sesuatu makanan bergantung kepada perbagai faktor seperti berikut, namun tidak terhad kepada:
 a) kuantiti makanan diambil 
 b) amaun dan jenis karbohidrat 
 c) cara makanan dimasak 
 d) suhu semasa makanan diproses dan lain2. 
Makanan yang mempunya GI yang rendah dapat membantu menurunkan berat badan. Memandangkan proses pembebasan gula mengambil masa yang lebih perlahan, maka ianya diserap oleh tubuh dengan lebih lambat membuatkan kita kenyang dengan lebih lama.Manakala makanan berglisemik tinggi lebih mudah diserap tubuh membuatkan kita lambat kenyang dan mudah lapar semula.

ESP mempunya GI 39 sahaja, maka tidak hairanlah ia membantu dalam pengurusan berat badan.jadi, jika anda berhasrat menurunkan berat badan namun asyik lapar aje walaupun baru aje makan, bolehlah cuba ESP ye. Sudah tentulah air kosong sebanyak 3 liter diperlukan sehari beserta dengan pengambilan pemecah lemak dan detox untuk membuang lemak2 berlebihan.


LECITHIN   
Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 
 

Bagaimana lecithin membantu anda untuk kurus? 
Ada yang bercerita apabila mereka mendapati badan makin mengembang akibat dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Namun bagi yang menyusu badan, tahukah anda, kebaikan Lecithin kepada ibu yang menyusu? 

* Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat. 
* Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu. 
* Ia membantu ibu mengatasi masalah lupa atau “short memory” yang biasa dilalui selepas melahirkan. 
* Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi. 

Maka selamatkah Lecitihin di ambil semasa penyusuan selain untuk pengambilan untuk mengurangkan berat badan? Jawapannya ialah ya selamat diambil.


ALFALFA COMPLEX
Bagaimana Alfalfa membantu anda untuk kurus?
  1. Salah satu sumber makanan tertua di dunia. 
  2.  Mengandungi 8 enzim percernaan dalam kuantiti secukupnya dan membantu pencernaan     bagi kesemua tiga kelas makanan.
  3. Mengandungi10 vitamin,15 mineral,gentian dan amat kaya dengan protein
  4. Mencucu usus bagi membuang toksik
  5. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing koto
  6. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan.
  7. Melegakan sembelit


Nak tahu  tak  apa lagi khasiat dan kebaikan yg ibu2 akan dapat kalau ambil set slimming ni? ibu2 bukan takat  dapat kurangkan berat badan tapi dapat juga:

<3  Susu badan makin bertambah sebab esp & alfalfa adalah milkbooster  
<3  Tiada lagi masalah keputihan 
<3  Menganjalkan semula payudara 
<3  Memantapkan semula punggung 
<3  Tiada lagi masalah resdung atau alahan 
<3  Strech marsk semasa hamil semakin pudar.. 
<3  Merapatkan miss v 
<3  Tiada lagi bau badan 
<3  Tiada lagi tapak kaki merekah – rekah
<3   Kulit semakin cantik 
<3   Bertenaga walaupun menyusukan anak  
KLIK UNTUK BERITA PENUH..

Wednesday, 15 October 2014

Menarik: 6 Cara mengatasi anak mengamuk



Mengatasi anak mengamuk bukan perkara mudah. Tajuk kali ini adalah bagaimana kita mengawal anak yang mengamuk. Tindakan serta cara kita mengendalikan anak sangat penting dalam pembentukkannya. Temper tantrum atau sindrom mengamuk sering berlaku di kalangan kanak-kanak kerana ini juga salah satu cara mereka berkomunikasi.

Anak-anak sebesar ini masih rendah tatabahasa dan bilangan perkataan yang diketahuinya. Cara mudah dan cepat untuk dia memberitahu sesuatu adalah dengan menangis dan mengamuk.

Bukan mudah mengendalikan anak yang mengamuk jika kita tidak tahu cara yang paling baik bagi menanganinya. Ramai juga di kalangan ibubapa yang mengambil jalan mudah dengan memukul, menjerit dan memarahi anak dengan harapan anak akan berhenti mengamuk. Namun cara begitu lebih banyak memberikan impak negatif kepada anak-anak.

Ada beberapa cara yang boleh kita lakukan jika anak mengamuk. Antaranya:

Hanya ibu bapa yang mengetahui bila anak akan mengamuk. Kenali tanda-tandanya dan anda akan lebih bersedia jika anak anda mula mengamuk.

Cuba memujuk. Usaha dahulu memujuk dengan cara yang baik. Pegang atau dukung dengan lembut dan mesra. Itu petanda anda sedia untuk bekerjasama dan mendengar segala masalah yang sedang anak hadapi.

Alihkan perhatiannya. Jika anda sudah nampak tanda-tanda yang dia mahukan sesuatu dan anda tidak dapat memenuhi hajatnya itu dan akan mencetuskan kemarahannya, cepat-cepat alihkan perhatiannya.

Beri pilihan. Jika anak mula mengamuk, berikan dia pilihan, samada dia mahu bersikap baik dan tidak dimarahi anda. Katakan kepadanya jika dia bersikap baik, anda akan menjanjikan sesuatu seperti menonton televisyen atau membaca bersama.

Biarkan. Jika pujukan tidak menjadi dan anak anda terus menghentakkan kaki atau berguling di atas lantai, biarkan dia. Namun pastikan keadaan sekelilingnya selamat dari barang-barang yang membahayakan.

Nasihat. Anak yang mengamuk tidak akan mengamuk sepanjang hari. Dia pasti penat juga akhirnya. Pada waktu begini, anda belailah dia dan katakan kepadanya bahawa apa yang dia lakukan sebentar tadi adalah salah dan dia akan lebih disayangi jika dia bersikap baik dan mendengar kata.

Bersifat tegas. Sesekali bertegas dengan anak. Jika dia mengamuk, katakan bahawa anda akan potong waktu bermainnya. Biar dia belajar bagaimana perasaan marah dan kecewa. Terangkan dengan jelas mengapa tindakan itu anda ambil.

Bolehkah anak kecil memahami apa yang dikatakan oleh kita?

Sudah tentu! Walaupun mereka kecil, mereka tahu ketika mana ibu bapanya marah, sayang, gembira, benci mahupun kecewa. Selalulah berkomunikasi dengan anak dan berbual dengan mereka tentang apa yang mereka dan anda suka. Nasihat yang berpanjangan akan mengurangkan temper tantrumnya.

Selamat mencuba!

KLIK UNTUK BERITA PENUH..