Adakah anda selalu merasa letih lesu, pucat, tidak bertenaga, selalu rasa pening, sakit kepala, berdebar-debar atau sakit dada? Anda mungkin mengalami ANEMIA….
Apa itu anemia?
Anemia ialah keadaan di mana seseorang itu kekurangan sel darah merah. Sel darah merah diperlukan ini oleh kita untuk membawa oksigen dari paru-paru ke tisu-tisu di dalam badan.
Berapakah bacaan yang dikatakan anemia?
WHO ( World Health Organisation) mengklasifikasikan bacaan haemoglobin yang kurang dari 11 g/dL sebagai anemia.
Mengapakah wanita mengandung lebih kerap mendapat anemia?
Apabila seseorang wanita mengandung, terdapat perubahan dalam badan mereka. Penghasilan haemoglobin meningkat. Namun penghasilan isi padu darah dalam badan meningkat jauh lebih banyak.
Contohnya begini. Dalam keadaan biasa kita campurkan sesudu gula dalam secawan kopi. Rasanya cukup manis. Tapi jika kita masukkan 3 sudu gula dalam satu jag kopi, tentu ianya tidak mencukupi bukan?
Makanan apakah yang paling baik untuk mengelakkan anemia?
Makanan seperti daging , hati dan kerang mengandungi banyak zat besi. Begitu juga dengan sayur-sayuran hijau seperti bayam dan kaya dengan zat besi.
Tetapi yang paling penting sekali ialah cara pemakanan supplemen dan cara pemakanan makanan seharian wanita mengandung tersebut.
Cara atasi anemia
1. Elakkan makan nasi berlauk bersama dengan kopi, teh atau susu. Penyerapan zat besi berkurangan jika dimakan dengan minuman ini.
2. Elakkan makan pil kalsium bersekali dengan pil supplemen.
3. Makan nasi bersama air sitrus ( oren/ limau nipis) atau air kosong. Zat besi akan diserap dengan lebih baik
4. Makanlah supplemen zat besi setengah jam sebelum atau 2 jam selepas hidangan utama.
5. Makanlah banyak serat , terutamanya buah- buahkan yang kaya vitamin C dan minum banyak air bagi mengelakkan sembelit.
6. Makan hidangan dari haiwan atau makanan laut sekurang-kurangnya 3 x seminggu
7. Perahkan jus limau ke atas makanan.
8. Kerap menggunakan ikan bilis yang dibuang kepala dan isi perut/ udang kering sebagai perencah dalam makanan.
9. Sayuran hijau jangan dimasak terlalu lama agar tidak memusnahkan vitamin di dalam sayur.
10. Pengambilan suplemen yang betul adalah musatahak. Ambil sebiji vitalea shaklee bersama Vitamin C shaklee setiap hari
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set kehamilan shaklee, boleh menghubungi saya di :
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set kehamilan shaklee, boleh menghubungi saya di :
Call/msj/wsap 016-447 4510 atau 017-485 2457
Email : zalinanina83@gmail.com
FB : Zalina Pandak Aziz
Like kami di facebook Page : Ummi-Muhaimin
COD seluruh petaling jaya
POS seluruh malaysia
COD : taman medan, dato harun, PJS, jln klang lama, taman seri sentosa, taman seri manja, angkasapuri, pantai dalam, PPUM, UM dan sekitar petaling jaya.
COD : taman medan, dato harun, PJS, jln klang lama, taman seri sentosa, taman seri manja, angkasapuri, pantai dalam, PPUM, UM dan sekitar petaling jaya.


No comments:
Post a Comment