Sunday, 31 December 2017

PENGALAMAN ANAK BUJANG MASUK DARJAH 1

Hai semua.. Semoga anda sentiasa diberkati dan sentiasa bergembira.. 

Wehuuu... Esok new year lah... So ni adalah post terakhir dari ummi untuk tahun 2017..


Dan ummi nak mengabadikan kenangan abg asyraf muhaimin (anak sulung ummi) mendaftar darjah 1..


Anak sulung ummi yang bijak dan penyayang "khairur asyraf muhaimin"

Biasa memang muhaimin akan bangun awal untuk ke tadika.. Dan pada hari pendaftaran (28.12.2017) muhaimin  akan bangun awal dan bersiap. 



Ok,  dah ready nak ke sekolah..


Smart sangat anak ummi bertali leher kuning ni.. Tq ayah tolong belikan untuk abg muhaimin.

Tips penting: awal pagi jangan sesekali buat mood anak2 swing.. Hahah... Kalau anak nak itu,  ini awal2 pagi,  tapi permintaanya sangatlah tak masuk akal,  kita iyer kan aje.. Bukan menipu anak,  tp kita ambil langkah mengelakkan anak tantrum.. Hahaha

Ready nak p sekolah dengan ayah.

Oh,  ummi lupa nak bagi tau abang muhaimin pergi dengan ayah jer hari prndaftaran ni sebab ummi jaga abg zafril dan adik Muhammad kat rumah.

Kebetulan abang muhaimin daftar sekolah di sekolah tempat kerja ayah. 



Dah sampai sekolah,  anak anak akan berkumpul di tapak perhimpunan. 

Kemudian anak-anak akan menjalani ujian bertulis seperti yang gariskan oleh kementerian pelajaran di dalam kelas. Time ni parents tak boleh berada berhampiran anak dan parent akan ke dewan untuk mendengar taklimat khas. Ayah bagitau,  tahun ni strict skit,  so tak delah gambar abang muhaimin tengah ambil exam.. Hahahha

Penerangan kepada parent tentang hal ehwal murid dan sekolah.

Ini lah Guru Besar Sek Keb Taman Segar Cheras

Ok,  dah ahbis exam dan boleh balik..


Alhamdullilah,  hari pendaftaran anak ummi berjalan dengan lancar sahaja. 

Ummi doakan moga abang muhaimin seronok belajar dan menjadi  insan berguna. 

Love, 
Ummi





KLIK UNTUK BERITA PENUH..

Friday, 29 December 2017

SELAMAT KEMBALI

Dah lama sangat kak ina tak menulis kan.. 

Kali terakhir post Oktober 2016 selepas melahirkan dan berpantang anak ke 2.

Sekarang kak ina dah mempunyai 3 cahaya mata dah... Alahaiii,  cepatnya masa berlalu dan zafril pun dah menjangkau usia 4 tahun dan tahun depan dah 5tahun dah.. Ahaksss

Anak ke 3 kak ina kini dah masuk umur 1 tahun 2 bulan.. Alhamdulillah 😍 

Jadi, selepas  ni kak ina akan aktif berkongsi dengan pembaca semua.. 

Dan,  selepas ni kak ina akan membahasakan diri kak ina dengan "ummi" lah.. Senang nak bercerita.. 

Dan ini juga gelaran anak2 kak ina panggil juga.. Hihi.. 

Ok,  untuk come back ni,  ummi akan share kisah anak bujang sulung ummi yang baru jer mendaftar di sekolah baru,  darjah 1 pada 28.12.2017..

Jom baca next enty yer semua.. 

Love
Ummi
KLIK UNTUK BERITA PENUH..